Forex Capital Protection - ZuluGuard™

Bagaimana Perlindungan Modal berfungsi

ZuluGuard™ adalah sistem perlindungan amat maju yang mengesan corak kelakuan yang tidak diingini daripada Pedagang yang anda ikuti dan membolehkan anda memilih tindakan untuk diambil bagi melindungi modal anda yang dilaburkan.

Contoh kelakuan yang tidak diingini adalah apabila prestasi Pedagang merosot dan ini memberi kesan terhadap akaun PnL anda.

Atas sebab itu, ZuluGuard™ akan sentiasa memantau prestasi Pedagang dan menawarkan perlindungan leret terhadap dana anda dengan mengukuhkan keuntungan dan mengurangkan kerugian kepada amaun yang telah anda tetapkan pada mata wang asas akaun anda.

Jadi apabila kerugian yang dialami melebihi nilai anda yang dipratentukan, ZuluGuard™ akan campur tangan dan melindungi akaun anda. Sila ambil perhatian bahawa ZuluGuard™ memantau dagangan yang direalisasikan dan belum direalisasikan, maka dagangan terbuka diambil kira. Ini bermakna bahawa Pedagang boleh memberi keuntungan secara keseluruhan, dan ZuluGuard™ boleh mengambil tindakan apabila keuntungan telah dikurangkan! *

Contoh

Contoh terperinci yang diberikan di bawah, dengan mengandaikan anda telah menetapkan Perlindungan Modal pada harga $1000 dan hanya satu dagangan yang terbuka pada satu masa.

Dagangan # DD($) maks semasa dagangan masih terbuka PnL ($) Akhir daripada dagangan PnL Terkumpul Pedagang dalam akaun anda Perlindungan Modal ZuluGuard™ PnL Kes Paling Teruk (Akhir) daripada Pedagang ini jika ZuluGuard™ mengambil tindakan!1
0 n/a n/a n/a 1000 - 1000
1 -500 -500 -500 1000 -1000
2 -100 1900 1400 1000 400
3 -400 1300 2700 1000 1700
4 -700 -7002 2000 1000 1700
5 -300 -3003 1700 1000 1700

Memandangkan Dagangan #5 kerugian sebanyak -$1000 telah berlaku (-$700 daripada akhir PnL Dagangan #4 dan -$300 pada kedudukan terapung di Dagangan #5) tahap Perlindungan Modal anda sebanyak $1000 telah dicapai, dan ZuluGuard™ akan dilaksanankan!

Jadi PnL Akhir yang ada dalam simpanan anda dengan Pedagang ini adalah Pnl Kes Paling Teruk (Akhir) sebelumnya $1700

Nota

  1. Pnl Kes Paling Teruk (Akhir) mewakili amaun wang akhir (PnL) yang berbaki dalam akaun anda daripada Pedagang ini, dengan mengandaikan ZuluGuard™ akan mengambil tindakan pada masa depan
  2. Jika anda menggabungkan Pnl akhir dagangan #1 dan #4, ia melebihi ambang Perlindungan Modal sebanyak 1000. Walau bagaimanapun, memandangkan antara dagangan ini keuntungan telah direalisasikan, kerugian daripada Pedagang ini belum pada ketika ini melebihi 1000
  3. Andaikata anda telah memilih tindakan ZuluGuard™ ‘Tutup semua dagangan pedagang’

Supaya ZuluGuard™ akan mengesan waktu prestasi Pedagang telah merosot dan pada ketika apabila kerugian telah mencapai amaun yang telah dipratentukan, tindakan perlu diambil untuk melindungi akaun anda daripada mengalami sebarang kerugian lanjut.

Menukar Perlindungan Modal anda

Perlu diingat bahawa ZuluGuard™ mengambil kira prestasi Pedagang dari ketika anda mendayakan skim Perlindungan Modal dan seterusnya. Anda boleh melaraskan semula amun Perlindungan Modal sebagaimana keperluan anda, dan membolehkan pendedahan modal yang lebih besar atau kurang daripada setiap Pedagang, mengikut bagaimana anda menilai prestasinya.

Menetapkan nilai kepada 0 akan menyahdayakan ciri ini.

* Penafian Penting: Dalam keadaan pasaran yang turun naik atau bergerak pantas, isyarat penutupan ZuluGuard akan diisikan dengan harga pasaran lazim, yang mungkin jauh berbeza daripada harga yang diinginkan. Disebabkan oleh perkara ini, mungkin terdapat kerugian yang besar kerana ZuluGuard tidak sentiasa menjamin Perlindungan yang diinginkan.